Monday, October 4, 2010

DAURAH AD-DAKWAH: QAWA`ID WA USUL (DR JUMA`AH AMIN ABD AZIZ)


HURAIAN OLEH: SYEIKH USMAN NIGER
KHP – SABTU – 21 OGOS 2010 – 9.00 PAGI

 القاعدة الثالثة : التعريف قبل التكليف
(Kaedah ke 3 : Perkenalan sebelum Diberi Tugasan)

Muqaddimah:
· Amalan sunat di bulan puasa diberi pahala 70 kali ganda di bulan Ramadhan.
·Maka kita sebagai Muslim hendaklah melabur amalan kita di bulan Ramadhan. Pelaburan yang akan menjadikan saham kita bertambah dan menjadikan timbangan amalan kita berat di akhirat kelak.
·Amalan seperti bacaan al-Mathurat, amalan-amalan sunat dan rawatib, minimum 1 juzuk sehari bacaan Al-Quran (Bertasbihlah kepada Tuhanmu sebelum terbit fajar dan sebelum tenggelam matahari), solat tarawikh, solat tahajjud, zikir pagi dan petang,
· Kita adalah pemegang panji dakwah yang berat hendaklah lebih kuat menjaga hubungan dengan Allah berbanding manusia lain.

 1. Marhalah At-Takrif (perkenalan) pula merupakan di antara marhalah yang penting di dalam dakwah.
· At-Takrif : Apakah maksudnya ? kita memperkenalkan hakikat manhaj/metode dakwah kita iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabawiyah serta Sirah Nabawiyah.
· At-Takrif : seseorang yang diberi taklif hendaklah mengetahui hakikat manhaj kerana manhaj ini datang daripada Allah.
· Kita mendapati ulama seperti Syed Qutb menjelaskan bahawa tugasan kita memperkenalkan manusia kepada Allah SWT iaitu hakikat Lailahaillallah di mana setiap sembahan yang lain selain Allah adalah ditolak.
·Apabila seseorang diperkenalkan dengan manhaj yang sebenar maka dengan mudah ia akan memahami taklif yang diperintahkan ke atasnya.
· Ramai daie tidak menitik beratkan kepada aspek kemesraan hati dan at-takrif dan hanya memperkenalkan manhaj sepertimana yang difahami beliau semata-mata.

2. Kalimah dakwah merupakan kalimah yang baik. Akarnya thabit dan tetap.
·Selagimana daie menyeru kepada mad`u maka akar dakwahnya tetap kekal dan thabit.
· Manusia yang dicipta Allah dengan sebaik-baik kejadian tidak akan redha untuk direndah-rendahkan martabatnya.
·Sirah menunjukkan: ada yang beriman di pagi hari tetapi kufur di petang hari kerana mempunyai keraguan terhadap manhaj.
· Kepentingan Marhalah At-Takrif: Supaya manusia berada di atas kefahaman yang sohih dan dijauhi daripada sebarang keraguan.
· Serulah kepada Tuhanmu dengan Hikmah.. : Asbabun Nuzul : Selepas peperangan Uhud, orang kafir membunuh Hamzah dan membawa hatinya kepada Hindun.
· Jidal : kadang-kadang tidak memberi kesan yang baik kepada manhaj dakwah.
· Allah Taala menurunkan manhaj untuk kebaikan dan kebahagiaan kita.


3.  Keperluan manusia kepada kefahaman yang sejahtera
·Sekiranya kita mengikut golongan sekular, liberal dan mereka yang menimbulkan keraguan maka ia akan merugikan perjalanan dakwah kita.
· Ahli dakwah akan mengikut hakikat manhaj dakwah yang sebenar, mempercayai dirinya mengikut manhaj yang dibawa Rasulullah saw.
·Masalah kita adalah kadang-kadang kita tidak suka mendengar.Walaupun penipuan itu datang dari golongan sekular, hendaklah kita mendengar dan memperkenalkan manhaj kita kepada mereka.
· Hujjah mereka hendaklah dibalas dengan hujjah, syair dengan syair.
·Zaman sekarang bukanlah peperangan dengan senjata atau bom bahkan peperangan yang berlaku dengan menimbulkan pelbagai keraguan terhadap Islam. Ini tidak menafikan peranan jihad kerana jihad kekal sehingga hari kiamat.
· Jihad atas dasar asabiyah dan perkauman hanya akan mendatangkan kerugian kepada mereka yang berjihad.
· Peperangan idelogi dan syubhat ke atas Islam semakin bertambah pada zaman sekarang. Cth : perlaksanaan hudud (potong tangan,rejam).

4. Al-Quran turun untuk memperkenalkan kepada manusia 4 perkara sebelum mereka ditaklifkan iaitu, memperkenalkan Allah, memperkenalkan hakikat diri manusia, memperkenalkan ciptaan-ciptaan Allah dan memperkenalkan tempat tuju mereka di akhirat kelak.
· Memperkenalkan Allah : Nabi bersabda : Ketahuilah tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah swt. Manusia perlu mengetahui bahawa aspek penyembahan (uluhiyyah) merupakan aspek utama sebelum diperkenalkan dengan dakwah.
· Memperkenalkan hakikat kejadian manusia: Manusia perlu melihat kepada diri mereka.
· Memperkenalkan kepada ciptaan Allah untuk memberikan sumbangan. Ciptaan Allah seperti bukit bukau, pokok adalah untuk manfaat manusia. Namun manusia tidak menghargai segala ciptaan Allah terutamanya untuk mengenal Allah SWT.
·Memperkenalkan kepada manusia hala tuju mereka di akhirat : akan mendidik manusia untuk menjaga hubungan dengan Allah swt. Manusia akan mengetahui bahawa mereka sebenarnya akan mati dan akan dihisab di akhirat kelak. Maka kita akan sentiasa menilai diri kita di dunia sebelum dinilai di akhirat.
· Akhlak Muslim tidak akan tertegak melainkan dengan 2 perkara iaitu : iktikad yang sohih dan ikutan yang benar.

5. Penghormatan : Mengikut sunnah Nabi saw di dalam sekecil-kecil urusan sehingga sebesar-sebesarnya.
· Contoh penghormatan : menjaga adab di dalam bersuara agar tidak mengangkat suara melebihi suara Nabi saw.
· Marhalah Tarbiyah Nabi di Mekah merupakan marhalah At-Takrif.
· At-Takrif menjadikan manusia mengikut atau menyeleweng.

6. Untuk menjadi Muslim yang diredhai Allah, kita perlu mengetahui kepentingan  memperkenalkan dakwah dan sabar di atas jalannya.
· Saidina Umar : Kami redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai deen, dan Muhammad sebagai Rasul.
·Saranan agar tidak mengikut ahli Kitab : sekiranya Nabi Musa yang juga Rasul Ulul Azmi hidup, maka baginda akan meninggalkan kitabnya dan bersama-sama Nabi Muhammad SAW.

7. Ketaatan merupakan buah kepada perkenalan (ma`rifah/at-takrif)
· Para sahabat ketika turun ayat pengharaman arak, suruhan memakai hijab, mereka menyelesaikan urusan dan arahan Allah dengan baik tanpa sebarang keraguan.
· Ketaatan mereka bukan disebabkan individu bahkan ketaatan atas dasar melaksanakan perintah Allah.
· Kemenangan Allah berhubungkait dengan kesabaran.
· Pendapat Qiadah tidak maksum tetapi pandangan majoriti adalah maksum.

8. Dakwah kepada Iman sebelum Amal & memberi Taklifan.
· Sebelum mengajak manusia kepada amal dakwah/amal tarbawi seruan kearah Iman sangat penting spt Allah taala sering mengungkapkan Ya Ayyuhallazima amanu.
· Hubungan manusia beriman dengan Allah ialah Iman.membenarkan di dalam hati, beramal dengan angota.
· Kita hendaklah memperkuatkan Iman seseorang dahulu kerana seseorang yang melakukan maksiat kemungkinan bermasalah pada Iman beliau.
· Dakwah berbeza mengikut peringkat dan tahap kefahaman. Metode sekolah menengah tidak sesuai dipraktikkan di universiti.


القاعدة الرابعة : التدرج قبل التكاليف
(Kaedah ke 4 : Berperingkat sebelum Diberi Tugasan)

1. Sunnah Allah pada hambaNya secara berperingkat
· Memberi taklif/tugasan di dalam dakwah merupakan satu sunnatullah.
· Al-Quran diturunkan Allah daripada Lauh Mahfuz ke BaitulMakmur keseluruhan dan diturunkan kepada Nabi Muhammad secara berperingkat.
· Di dalam dakwah tadarruj penting supaya tidak menjadi bebanan kepada mad`u.
· Di dalam fatrah Makkiyah, para sahabat Nabi pun masih ada yang minum arak.
· Siti Aishah Kata : sekiranya Al-Quran diturunkan sekaligus nescaya mustahil para sahabat akan meninggalkan segala amalan buruk mereka.
· Kita hendaklah meraikan suasana dan tingkat kefahaman mad`u di dalam memberikan taklif.
· Janganlah menyebabkan manusia lari dari Islam.

2. Berkomunikasilah dengan manusia berdasarkan tahap pemikiran mereka.
·Nabi bersabda : “Kami para Nabi ditugaskan untuk berkomunikasi dengan manusia berdasarkan tahap pemikiran mereka.”
·Ini merupakan peringatan kepada para daie kerana kita berkomunikasi dengan manusia.
· Manusia mempunyai syahwat, keinginan nafsu terhadap sesuatu, maka sebagai daie hendaklah menyeru mereka secara berperingkat dan tidak menjerumuskan diri mereka sendiri ke dalam dosa-dosa besar.
· Daie hendaklah bersifat lemah lembut dan mendidik mereka berdasarkan keadaan mereka sedia ada.
·Khalifah Umar b Abd Aziz sekiranya ingin menyerukan rakyatnya melakukan sesuatu, maka beliau akan mendidik rakyatnya agar sejahtera hati mereka di dalam menerima sesuatu arahan.
  

3. Menangguhkan Nasihat/Penerangan
· Kata-kata hikmah : “Tidak semua yang diketahui daie perlu disebut, Tidak semua yang harus disebut maka datang zamannya, Tidak semua yang datang zamannya akan datang ahli dan pemudanya.”
· Setiap apa yang disebut daie hendaklah berdasarkan tahap pemikiran dan persediaan seseorang.
· Cth : Ketika Allah mewajibkan solat, Rasul tidak mengajar para sahabat melainkan apa yang sudah dibelajar daripada Malaikat Jibril. Nabi bersabda : “Solatnya sepertimana kamu melihat aku solat.”

4. Bersama Rasulullah SAW Sang Murabbi
· Kitab Abu Ghuddah : Ar-Rasul Al-Muallim
· Nabi saw sentiasa meraikan keadaan para sahabat. Cthnya Nabi bersabda ketika ditanya amalan Islam manakah paling afdhal? Nabi menjawab mereka yang menjaga lisan dan tangannya terhadap Muslim lain.Manakala sahabat lain bertanya soalan yang sama lalu dijawab baginda : Berilah makanan dan sebarkanlah salam kepada mereka yang dikenali dan tidak dikenali.
· Keadaan para sahabat dan suasana yang berlaku ketika zaman Nabi menyebabkan Nabi memberi jawapan yang berbeza ketika ditanya soalan yang sama oleh sahabat.
· Ma`rifah Waqi (Mengenal waqi) penting di dalam dakwah.

5. Meninggalkan sebahagian pilihan kerana risaukan manusia akan menjadi kurang faham dan manusia akan menjadi lebih teruk dari itu.
· At-Tadarruj merupakan sunnan Ilahiyah. Kadang-kadang kebenaran tidak disebut bahkan ditangguhkan kerana akan menyebabkan kemudharatan yang lebih besar.
· Tidak semua perkara yang benar itu kita boleh laksanakan atau tinggalkan kerana di dalam hal ini kita perlu meraikan tahap kemampuan manusia.
· Cth: Bacaan Yasin, Tahlil dikatakan bid`ah idhofiyah. Tidak mungkin dalam satu keadaan untuk menghalang mereka yang telah terbiasa dengan perkara tersebut.Kita cuba mendatangkan alternatif lebih baik dari bertengkar yang tidak mendatangkan faedah.
·Daie wajib mengetahui perkara-perkara khilaf Fiqh di kalangan ulama` tetapi tidak wajib mengajar manusia khilaf tersebut.

6. Meninggalkan maslahah (kebaikan) untuk keselamatan terjatuh ke dalam mafsadah (keburukan)
· Di dalam mencegah kemungkaran, sekiranya kemungkaran yang ingin dicegah akan menyebabkan bertambah kemungkarannya hendaklah ditinggalkan pencegahannya kerana akan menggalakkan manusia melakukan kemungkaran.
· Pencegahan kemungkaran perlu melihat samada ianya kemungkaran yang haqiqi atau yang tidak jelas.

7. Bab pengkhususan ilmu kepada sesuatu kaum tidak kepada kaum lain.
· Imam Ali : “Berkomunikasilah dengan manusia dengan apa yang diketahui mereka, adakah kamu ingin melihat mempersendakan Allah dan RasulNya.”
· Perkara-perkara yang menimbulkan keraguan tidak wajar disebutkan kepada umum.Jangan anda bercakap kepada umum perkara yang anda tidak mengetahuinya kerana ia akan menambahkan kemungkaran dan kerosakan.
· Menyebut perkara-perkara khilaf di kalangan Almaturidi, Asyairah, Jabariah, Qadariah tidak akan memberi sebarang faedah bahkan akan menimbulkan kemudharatan dan fitnah yang lebih besar.


ًWallahualam Bis Sowab

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Now: Feed Icon

Enter your email address:

Share

Share |

About Me

My Photo
Dakwah dan Tarbiyah
kelulusan : Ma'ahad Attarbiyah Al-Islamiyah (Dakwah) UKM (Usuluddin dan Falsafah)
View my complete profile

Rakan Blogger

Rakan Cyber

Powered by Blogger.

Album

Ziarah

Aktiviti

3/10/2010 - membina laman blog.

Ruangan Sembang

Masa Itu Kehidupan

Semangat Juang