Monday, October 4, 2010

Penjelasan tentang Islam


PENJELASAN TENTANG

AGAMA ISLAM

            Islam adalah agama Allah yang telah diturunkan dari langit kepada sekalian nabi-nabi dan para rasulNya.  Islam adalah agama tauhid yang mewajibkan setiap penganutnya menyembah dan beribadah hanya kepada Allah.  Semua agama selain Islam adalah agama yang bid'ah dan syirik.  Tidak akan diterima oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala apapun agama dan pengibadatan sejak dahulu, sekarang dan sehinggalah ke Hari Kiamat kecuali pengibadatan mereka yang beragama Islam sebagaimana firman Allah:

اِنَّ الدِّيْنَ عِنْدَ اللهِ اْلاِسْلاَمُ.

      "Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam".
Ali Imran,  3:19.

            Oleh kerana semua agama selain Islam tidak diterima, maka dengan demikian, semua penganut agama selain agama Islam akan merugi di akhirat kelak kerana mereka akan ditempatkan di dalam neraka.  Allah berfirman:
  
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ اْلاِسْلاَمِ دِيْنًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ.
"Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi".
Ali Imran, 3:85.

            Begitu juga, terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith sahih yang telah memerintahkan kepada sekalian manusia agar menjadi orang yang beragama Islam yang tunduk dan patuh kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala.  Antara ayat tersebut ialah firman Allah:

وَاُمِرْتُ اَنْ اَسْلَمَ لِرَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
     
      "Dan Aku diperintahkan supaya (menjadi seorang Islam) tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam".
Al-Mukmin, 40:66.

            Sebenarnya hanya Islam dan iman sahaja nikmat yang paling besar yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNya jika mereka mengetahui dan percaya.  FirmanNya:

بَلِ اللهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ اَنْ هَدَاكُمْ لِلاِيْمَانِ اِنْ كُنْتُمْ صَدِقِيْنَ.

      "Sebenarnya Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar".
Al-Hujurat, 49:17.

 

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Now: Feed Icon

Enter your email address:

Share

Share |

About Me

My Photo
Dakwah dan Tarbiyah
kelulusan : Ma'ahad Attarbiyah Al-Islamiyah (Dakwah) UKM (Usuluddin dan Falsafah)
View my complete profile

Rakan Blogger

Rakan Cyber

Powered by Blogger.

Album

Ziarah

Aktiviti

3/10/2010 - membina laman blog.

Ruangan Sembang

Masa Itu Kehidupan

Semangat Juang